Ahad, 19 Ogos 2018

Cara Untuk Kurangkan Masalah Bengkak Susu Semasa Berpantang

Bismillahirrahmanirrahim.

Teringat masa melahirkan anak keempat, Musa, aku alami bengkak susu pada hari ketiga.

Kebiasaannya, mak bidan akan terus datang pada hari ketiga di rumah. Bolehlah mula dengan sesi urutan untuk lancarkan susu.

Tapi, makcik keluarga sebelah ibuku yang merupakan mak bidan ini datang dari Kota Kinabalu. Sabtu iaitu hari berpantang ke 5 barulah dia sampai.

Sakit bengkak susu ini bukan kepalang. 

1- Aku bermula dengan tuamkan cik B. Ku masukkan air suam ke dalam botol susu storage dan lalukan ke atas cik B.

2 - Teruskan direct feeding. Buat tandem nursing semasa direct feeding, sebelah bagi susu secara langsung untuk bayi dan sebelah CikB aku pam menggunakan pam susu dalam masa yang sama.

3- Semasa mandi, aku buat urutan secara ke bawah iaitu ke arah puting, areolar. Sampailah susu itu mengalir sedikit.

4- Di samping itu juga, aku amalkan makan Lecithin Shaklee secara megadose. Ditambah juga dengan Vitamin C secara megadose.

Alhamdulillah dengan cara ni, aku tidak alami demam bengkak susu.

Walaupun tidak sembuh sepenuhnya, tapi ianya cukup lega untuk menunggu kehadiran macik.

Di saat ini, urutan untuk melancarkan pengeluaran susu amat penting seawal tiga hari selepas bersalin.

Sekiranya kalian ibu berpantang mengalami masalah bengkak susu, aku sarankan untuk mencuba Lecithin dan Vitamin C.

Lecithin berfungsi untuk memecahkan, mengemulsi lemak yang terkumpul yang mengakibatkan saluran susu tersumbat.

Vitamin C berfungsi untuk meningkatkan imun sistem supaya tidak mudah diserang demam akibat bengkak susu.


Boleh hubungi Mas 013-6341955 untuk order ya.

Salam sayang,

ibu4M

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...