Khamis, 9 Ogos 2018

Saya Bangga Jadi Sumandak Sabah

Assalamualaikum.

Sudah dengar lagu "Sumandak Sabah' duet Marsha dan Velvet AF? 

Pertama dengar lagu ini, sangat teruja. Siapalah bah tidak bangga dengan tanah kelahiran sendiri kan? Orang kata, tempat jatuh lagi dikenang.

Tapi ada satu pertanyaan di sini, 

Sumandak Sabah mana kau mau cari,
Muka lawa pandai masak nasi.

Kenapa pula dengan masak nasi? 

Ini adalah kerana nasi adalah makanan paling utama dimana para ibu akan mengajarkan anaknya memasak nasi dahulu sebelum masakan yang lain. Boleh dikatakan pelajaran paling utama dan paling asas dalam persediaan si anak gadis sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan ialah mesti pandai masak, terutamanya masak nasi dengan sempurna.

Dahulunya, tanak nasi atau masak nasi dengan menggunakan kayu api perlu di beri tunjuk ajar oleh si ibu kepada anak gadisnya. Payah tu, masak nasi dengan kayu api. Kena jaga api dan sukatan air yang digunakan untuk masak beras tersebut mestilah betul dan tepat.

Masa kini, ya, ternyata ianya lebih senang. Sememangnya hanya guna periuk nasi elektrik saja lah. 

Tapi, ianya tidak boleh dipandang enteng, para ibu mesti juga mengajarkan anaknya sukatan air tersebut. Jangan sampai nasi yang dimasak terlalu lembik atau terlalu keras.

Kes kedua pula, apalah gunanya kalau pandai masak makanan lauk pauk tapi tidak pandai masak nasi, bukan? Haha. 

Itulah bah perumpamaannya.

Dalam erti kata lain, kebiasaannya ibu tanya, "Sudah kau masak nasi?". Soalan ini bukan sahaja merujuk kepada nasi semata- mata, tapi sebenarnya siap satu pakej lengkap dengan sayur dan lauk.

Jadi, sebenarnya pertanyaan itu adalah, "Sudah masak untuk makan tengahari ka?".

Begitulah kan. 

Perbezaan budaya inilah sebenarnya yang lebih mengeratkan silaturrahim di antara kita. Memahami satu- satu budaya itu membuatkan kita lebih menghargai budaya diri sendiri dan menghormati budaya orang lain.

Raikan semuanya.

Marilah kita dengar lagu Sumandak Sabah dari Marsha dan Velvet ini.



Perkongsian dari,
Mas, ibu anak empat
Sumandak Sabah tinggal di Semenanjung


Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...