Muhasabah Diri : Satu Pahala Atau Dua Pahala?

'Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima'. Selalu kita dengar pepatah ini bukan? 

Sememangnya sedekah ini sebenarnya adalah pembuka rezeki untuk kita semua. Tapi kadang- kadang kita susah untuk bersedekah lebih- lebih lagi kalau ianya dalam bentuk wang ringgit kan? Dalam hati mesti terfikir, 'Eh, cukupkah nanti? Manalah tau tiba- tiba ada kesempitan, mesti aku perlu duit yang aku mau sedekah ni?'..nah, inilah namanya bisikan syaitan yang menghasut kita untuk berbuat kebaikan.

Masalahnya, kita tidak 100% percaya akan janji dan rezeki Allah. Kadang- kadang kita minta atau doa padaNya tapi  timbul rasa ragu- ragu lagi dalam diri,'Bolehkah?'. YAKIN PADA ALLAH adalah kuncinya. Sebab Dia MAHA KUASA dan Maha Mengetahui sesuatu.

Bersedekah sememangnya di janjikan ganjaran pahala daripadaNya. Mau satu pahala atau dua pahala? SATU pahala adalah apabila kita memberi sedekah kepada orang yang tidak kita kenali. Manakala, kalau kita bersedekah dengan ahli keluarga atau kaum kerabat, kita dapat DUA pahala di mana satu pahala sedekah dan satu lagi pahala mengeratkan silaturrahim.

Bukanlah bermaksud kita jangan sedekah dengan orang yang tidak dikenali tapi apabila datang 2 orang yang memerlukan kepada kita, keutamaan adalah ahli keluarga dan kerabat kita.

Tapi lagi bagus kita bagi keduanya bukan? Dapat lah kita TIGA pahala..😍

Ulasan

Catatan Popular