Khamis, 23 Oktober 2014

Petua Mudah Lawas Setiap Pagi

Assalamualaikum..

Hari ni ibum2m bercuti selama 2 hari sempena Deepavali..forced leave katakan. UKM pulak cuti pertengahan semester untuk seminggu ni, Alhamdulillah. Bolehlah ada lebih masa bersama m2m.


Ibum2m mau berkongsi satu petua oleh ibu sendiri. Petuanya, mudah saja. Setiap kali bangun pagi sebelum sarapan, minum segelas air putih atau air masak beserta selawat 3 kali ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Petua ini memang ibum2m amalkan sejak dari remaja lagi.

Petua ni bukan sahaja untuk memudahkan pelawasan pada hari tersebut malah boleh dijadikan petua awet muda juga. Alhamdulillah setakat ni, ianya memang membantu dari segi melancarkan 'pembuangan' dan 'pembersihan' sistem penghadaman ibum2m setiap pagi.

Terasa badan ringan dan lebih segar selepas mengamalkannya. Alhamdulillah..

Jom baca kelebihan lain minum air masak di sini..

Semoga bermanfaat!

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...