Sabtu, 25 Oktober 2014

Tips Penjagaan Badan Ibu Semasa Berpantang Secara Tradisional

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..

Hari ini ibum2m ingin berkongsi tips bagaimana menjaga badan ibu semasa tempoh berpantang. Penjagaan kesihatan khususnya penjagaan badan amatlah penting bagi si ibu selepas melahirkan anak. 

Ibu sihat, anak ceria


Kenapa perlu kita menjaga kesihatan badan selepas melahirkan? Ini kerana badan ibu telah mengalami satu perubahan yang besar bermula dari peringkat kehamilan sehinggalah di saat kita melahirkan anak.

Ketika melahirkan, proses meneran itu sahaja sudah memakan  masa berjam- jam dan tenaga yang lebih banyak menyebabkan tubuh si ibu letih dan lesu. Berapa banyak darah yang keluar, banyak jugaklah urat- urat yang putus semasa proses kelahiran. 

Pengalaman semasa melahirkan Maisha, ibum2m menahan sakit bermula dari pukul12 tengah malam sehinggalah pukul 12.27 tengahari, barulah Maisha dilahirkan. Bayangkan lebih kurang 12 jam menahan sakit untuk anak yang pertama. Kebiasaannya, anak pertama memerlukan 10 hingga 12 jam untuk proses kelahiran sebab orang tua- tua kata, dia baru hendak mencari dan membuka jalan. Alhamdulillah untuk anak kedua, Mikail, sakit tu berkurangan iaitu selama 6 jam sebelum Mikail dilahirkan tepat pukul 11.15 pagi.

Besarnya pengorbanan ibu kita bukan? Justeru, disebabkan keletihan, kelesuan dan segala jerit perih yang teramat inilah yang menyebabkan kita kehilangan seri wajah dan juga kekuatan fizikal kita.

Jom lihat apakah tips yang diperlukan oleh si ibu untuk mengembalikan kesegaran dan kekuatan semasa dalam tempoh berpantang.

1. Amalkan pengambilan sumber protein, kalsium dan serat untuk proses pemulihan badan yang cepat.

Sesungguhnya air sangat penting khususnya bagi ibu- ibu yang mahu menyusu badan. Kebiasaannya, alasan yang susu tidak cukup adalah dek kerana pengambilan air yang kurang oleh si ibu. Penting untuk kita mendapatkan air yang secukupnya untuk menggantikan air yang keluar melalui darah nifas dan penyusuan. Air ni penting jugak untuk mengelakkan sembelit semasa berpantang. Ada juga orang tua- tua kata, jangan minum banyak air, nanti perut akan jadi 'kembang'. Pelbagai alasan diberikan tapi kita mesti elakkan daripada dehidrasi tubuh. Sebenarnya, tiada kajian saintifik yang mengatakan minum air banyak akan buatkan rahim kita lebih kembang.

3. Meminum air rebusan serai, halia dan kulit kayu manis.
Sediakan air rebusan serai yang dititik, halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Minum air rebusan ini setiap pagi, para ibu akan merasa badan kembali ringan dan tambah bertenaga.

4. Ikan Haruan
Makan ikan yang segar dan yang tidak gatal seperti ikan haruan dan ikan sardin (bukan daripada tin). Ikan haruan dipercayai dapat memulihkan luka luaran dan dalaman dengan lebih cepat. Elakkan juga makan ikan yang berbisa dan tajam seperti ikan cencaru, ikan tongkol, kembung, bawal hitam, terubuk dan ikan parang. Kesannya boleh menyebabkan kegatalan, alergi dan bisa atau bentan pada pintu rahim.

5. Kunyit
Air kunyit boleh diminum pada setiap hari kerana dapat mengecutkan pintu rahim dam memcuci darah ibu selepas bersalin. Ada juga yang memakan kunyit bersama nasi panas selama tempoh berpantang untuk mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman.

6. Sayuran penambah susu seperti lobak putih dan sayuran hijau
Tiada makanan khusus bagi meningkatkan penghasilan susu. Tetapi ibu boleh mencuba pelbagai jenis makanan yang dipercayai mampu meningkatkan penghasilan susu di SINI. Bagi memastikan pengeluaran susu yang berterusan, bekalan air yang diminum mestilah mencukupi, diet yang betul dan berkhasiat serta rehat yang sempurna adalah kunci utama penyusuan susu ibu  untuk berjaya.

Untuk info lanjut berkaitan nutrisi yang diperlukan oleh ibu menyusu ada di SINI.

Apapun amalan yang diberikan, mahupun secara tradisional atau moden, cubalah disiplinkan diri untuk mematuhi peraturan dan pantang larang semasa berpantang. Ini adalah untuk kebaikan diri sendiri. Kelak, kita takut nanti si ibu akan berdepan dengan kesan negatif yang berpanjangan. 

Jadi, disiplinkan diri untuk tempoh 44 hari ini dan jangan lupa pakai stokin ya! :-)

Semoga bermanfaat.

Sayang Semua,
ibum2m

Sumber : Pa&Ma

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...