Khamis, 11 Ogos 2016

Maisha dan Mikail Jumpa Doktor Gigi Buat Pertama Kali

Assalamualaikum..

Tempat : Klinik Pergigian Batu 9, 
Cheras, Hulu Langat
Masa : 9.00 pagi - 10.20 pagi
Tarikh : 10 Ogos 2016


Semalam Maisha datang mengadu dengan ibu, dia sakit gigi. Time tu tengah menyusukan Muhammad. Lepas ibu tengok sikit giginya, betullah..gigi geraham sebelah kanan suda ada lubang. Terus cakap dengan dia, " Esok kita jumpa dentist ya, pigilah main dulu".

Esoknya, pagi- pagi lepas thumb di ofis. Hantar dorang mandi dan siap- siap di rumah dadi nya (panggilan untuk pengasuh nya). Pastu mesej la Hanim, ketua department di kolej untuk bagitau yang mo antar Maisha dan Mikail pigi klinik gigi.

Sampai ja, amik no dapat 7003 dan 7004. Rasa no yang depannya 7 memang untuk kanak- kanak. No depan 8 untuk warga emas dan no depan 6 untuk dewasa. Tunggu la jugak dalam 45 minit gitu, terus nombor giliran di panggil. Mikail dah memang merengek sebab lambat tapi ibu cuba kasik tenang ja dia sambil suruh dia tengok- tengok ibubapa yang bawak baby. Klinik ni bersatu dengan KKIA..


Masuk ja jumpa dentist, Mikail nda mo duduk di kerusi tu. Takpa la, Maisha dulu. Dentist wanita periksa, oo ada 3 gigi yang kena tampal. Tapi sebab dia bole buat sehari satu gigi ja, jadi dia buat dulu yang gigi geraham kanan bawah tu.

Alhamdulillah Maisha ok sebab sebelum masuk bilik tu, ibu dah terangkan dengan dia yang lubang gigi tu akan ditampal, so the hole in your teeth will be dissapear..Jadi fahamla dia.
Sepanjang Dr tu buat, ibu pun pegang tangan Maisha sambil puji- puji dia yang dia ni Princess Brave..😍 Memang nampak juga muka Maisha takut time lubang gigi dia dikorek tapi ibu mo dia lawan rasa takut tu..


Dan hasilnya, Maisha nda nangis pun..😊 Habis ja tu, Mikail pulak. Memang nda mo dia naik kerusi tu, last- last dengan ibu skali baring..😂😂

Mikail ni pulak gigi dia semua ok cuma gigi arnab depannya tu ada karies sikit bentuk bulat. Jadi doktor berus ja dengan something warna putih di semua gigi dia. Time gigi atas tu ok, masa Dr mo berus gigi bawah, dah start nangis. Apalagi paksa la dia buka mulut, nda sampai 2 saat siap sudah.. Yeayy, Alhamdulillah..

Doktor pesan suruh Mikail jangan makan dan minum apa- apa dulu selama 30 minit. Yang paling bestnya, tiada bayaran untuk kanak- kanak ya..PERCUMA seja. Terfikir kalau bawak pi klinik gigi swasta, memang duitlah jawabnya kan? 😁

Disebabkan Maisha dan Mikail suda dapat pencapaian dan atasi ketakutan jumpa Dentist, so ibu reward lah petang tu dengan KFC.. 😍

Sayang anak- anak ibu, love u so much my m2m..Baby Muhammad pun loves jugak..😘😘

Coretan,
ibum3m

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...