Jumaat, 5 Ogos 2016

Nukilan Sang Suami

Bismillahirrahmanirrahim..
 
Syukur jumpa dengan seorang lelaki yang minta nasihat mengenai isterinya..
 
Saya buat ziarah beberapa rumah. Rumah pertama, takper takper saya sibuk....
 
Rumah seterusnya, isterinya jerit, abang ni ha entah orang mana sibuk nak ziarah orang , tak tahu orang penat. Saya kata takper puan, kirim salam suami yer bagitau kami ziarah silaturrahim dari surau jer..
 
Rumah ketiga buka pintu dan jemput masuk. Dia pandang saya, Ustaz Ebit Lew yer. Syukur pada Allah. Saya ada email dan call pejabat nak jumpa ustaz. Allah makbulkan doa saya. Allahuakbar. Ya Allah.... Jom masuk ustaz. Rahmat disebalik susah.
 

Dia mula cerita masalahnya. Isterinya tiada di rumah ketika itu. Katanya dulu mereka bercinta lama. Terlalu sayang isterinya. Tapi satu yang buat dia terlalu sedih isterinya tidak solat langsung dan tidak pakai tudung. Dia pernah nasihat tapi isterinya siap menjerit dan macam histeria bila kena nasihat. Kadang-kadang mengelak kata sakit perut dan lain-lain. Sedih ustaz.. Kadang-kadang dia jumpa kawan-kawan perempuan dan lelaki. Dia menangis cerita.
 
Dulu saya ada ikut dakwah macam ni. Tapi dah lama tinggal. Rasa bersalah dan berdosa ustaz. Macam mana saya nak buat yer? Saya dah buat macam-macam tapi dia tak dengar langsung..saya siap bawa air penerang hati dan lain-lain.
 
Jawab saya, saat abang mula fikir agama dalam diri ahli keluarga Itu tanda cahaya kebaikan mula datang dalam hidup abang dan isteri. Sebenarnya wanita ini lembut abang. Dia suka dipimpin oleh suami. Bila kita menangi hati mereka insyaAllah seluruhnya akan berubah. Sehingga sanggup buat apa sahaja..Orang yang hatinya keras pun boleh berubah. Segalanya hidayah Allah. Keinginannya dan usaha orang sekaliling.
 
Abang belikan hadiah buat dia. Abang pernah beli bunga besar tak buat isteri? Buat 'surprise'..wanita suka kejutan. Bagi masa yang dia tak sangka. Buat sesuatu yang dia tidak jangka. Setiap hari macam kita nak mengorat semula. Buat dia betul-betul cair. Kalau dia kerja pejabat hantar Bunga besar masa meeting atau ceramah perdana. Biar semua orang nampak. Kalau suri rumah masa di rumah mertua atau masa dia di pasar...

 


Saya pernah buat dulu pada isteri saya. Dulu isteri saya pernah kata. Abang nak berjuang. Pergilah. Tapi saya doa jerlah .Saya tak nak ikut. Tak nak tutup-tutup yer.
 
Tapi lepas dapat bunga besar dan cantik di pejabat dia kata, abang nak pergi mana saya nak ikut. Biar sama-sama syahid dan masuk syurga....Bila hatinya terima kita, mereka akan menerima semuanya sampai akhirnya mereka hanya ingin Redha Allah.
 
Kedua hidupkan bacaan hadis dalam rumah setiap hari setengah jam paling kurang pada waktu tetap dan tempat tetap. Ia memberi kesan dalam hati insyaAllah. Perlahan-lahan ajak dia..
 
Ketiga bawa dia belajar iman dan Islam. Keluar jalan Allah.
 
Dia pun mula amalkan. Baru tadi dia sms saya. Ustaz tak sangka dalam masa 3 bulan saya amalkan semua itu, saya lihat isteri saya mula solat..Dia kejut saya solat subuh di masjid. Dia gosokkan baju saya pergi solat. Dia picit-picit saya waktu Subuh. Dia goda saya dan berjaya pujuk saya bangun tahajud. Saya pergi Masjid setiap hari. Dia pun rajin baca Al-Quran. Tak tahu nak gambarkan macam mana.
 
Hari raya baru ini dia mula bertudung. Katanya" cantik tak bidadari syurga abang" terima kasih abang sabar dan berjaya pujuk saya yang keras ini. Air mata sahaja saksi dan buktinya. Betapa hati saya terlalu gembira..Syukur pada Allah..Jazakallah khair.Benarlah bahagia dalam amalan Islam.
Wanita ini lembut dan inginkan kebaikan. Kita selalu memenangi seseorang kerana cinta dan suka padanya. Apalah kiranya kita gunakan segala usaha, kasih sayang, kelembutan, kebaikan, ilmu kita dan kita pimpin isteri dan anak-anak.
 
Terbayang indahnya dalam syurga nantikan, kita terbang dalam syurga bersama ibubapa, isteri, anak-anak dan keluarga kita. Isteri kita jadi permaisuri. Lebih cantik dari semua bidadari yang cantik. Mereka paling cantik, paling sexy, paling manis, paling menawan, paling manja, paling lemah lembut, tiada ada perkataan bosan lagi. Hanya nikmat dan bahagia yang tidak ada langsung duka...
 
Jom kita lelaki dan wanita jangan malas. Sama-sama kita teruskan perjuangan Ramadhan lalu. Syaitan dilepaskan tapi tetap kalah dan tewas kerana hati yang hidup.
 
Coretan dari,
Ustadz Ebit Lew
4 Ogos 2014
www.keluargasunnah.com

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...