Jumaat, 14 Oktober 2016

Berpantang Sendiri Dengan Set Postnatal Shaklee Yang Sangat Best

Bismillahirrahmanirrahim...

Teringat masa bersalinkan Muhammad, anak yang ke tiga ni. Perasaan sememangnya macam baru pertama kali dapat baby.
Muhammad 16 Mei 2016


Ini sebab kali pertama anak lahir di Selangor dan berpantang di sini bersama suami dan ibu mertua. Sebelum ni Maisha dan Mikail memang anak Tawau, Sabah. Jadi segala urusan selepas bersalin, mak bidan memang suda ada dan datang pegi umah. Hari pertama, segala urusan urut ibu dan bayi, mandikan si ibu dan bayi, semua di lakukan oleh mak bidan. Ibu yang akan masak sepanjang tempoh berpantang.

Kali ni memang berbeza. Time berpantang masa bulan Ramadhan pulak tu. Segan jugak sebab terpaksa susahkan ibu mertua untuk masakkan menu berpantang. Bertambah jugak sedikit kerjaan dengan menjaga Maisha dan Mikail.

Haa, Kak Mas akui memang kekadang naik angin dan stress untuk memenuhi kehendak M2M yang sangat gumbirah dengan kehadiran adik barunya. Kadang tu sampai terpaksa kunci pintu bilik sebab m2m akan naik atas katil, lompat- lompat dan buat bising sampailah tidak dapat si baby Muhammad ni tidur. Fuhh.. memang sangat mencabar.

Tapi apapun, tetap bersyukur sebab ada Set Postnatal Shaklee yang banyak membantu. Sebelum ni, Set Prenatal Shaklee pun sangat banyak membantu jugak, Muhammad lahir tanpa luka episiotomi, tanpa gunting dan jahit yang rasanya semua para ibu geruni..:-)

Set Postnatal Shaklee ni memang lengkap dengan 6 produk kesemuanya iaitu Vitamin C, Vitalea (Multivitamin), Ostematriks, Alfalfa, ESP (Energizing Soy Protein) dan Omega Guard. Tapi ada satu lagi produk yang Kak Mas tidak boleh tinggalkan iaitu Vitamin B Kompleks.



Setiap satu produk saling mempunyai fungsi yang berlainan dan tertentu bagi membantu ibu- ibu berpantang dengan lebih sihat, cergas dan bertenaga.

Vitamin C - Dengan unsur pelepasan masa, dapat meningkatkan imuniti ibu dan bayi.

Vitalea - Sebagai pelengkap nutrisi. Ada unsur zat besi yang mampu mengembalikan pertumbuhan sel- sel darah merah.

Ostematriks - Sesuai untuk elak sembelit. Mampu merehatkan otot- otot yang letih bekerja semasa proses bersalin. Bantu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan sebagai 'milk booster'.

Alfalfa - Penggalak susu untuk mempercepatkan penghasilan susu.

ESP - Milk booster jugak. Memberi tenaga berpanjangan dan meningkatkan pengeluaran susu yang pekat. Membuatkan bayi lebih cepat kenyang.

Omega Guard - Penting untuk perkembangan otak dan minda yang sihat. Bagus untuk elakkan daripada simptom meroyan.

Vitamin B Kompleks - Bagus untuk anti stress. Pembekal tenaga. Bantu juga untuk elakkan simptom meroyan di kalangan ibu berpantang.

Alhamdulillah. Walaupun harganya mahal sedikit, tapi sangat berkesan buat Kak Mas. Susu pun meriah, bayi kuning tak seteruk sampai kena tahan di wad. Kita pun berpantang dengan bertenaga, cergas dan cepat sembuh.

Dengan harga RM616.92, dapat 6 produk yang begitu berkesan dan jimat jugak. Sebab penggunaan yang lebih dari 2 bulan untuk kesemua produk yang ada.

Set Postnatal Shaklee ni sangat- sangat highly recommended untuk ibu- ibu yang berpantang dan bersalin.

Berminat, boleh saja hubungi Kak Mas di 013.634.1955. Kita berkongsi cerita dan Kak Mas sedia bagi konsultasi buat kalian.

Salam sayang,
Kak Mas @ ibuM3M
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...