Ahad, 21 Januari 2018

Dua Kali Keguguran, Dua Kali Czer, Kandungan Kali Ini Bakal Menjalani Pembedahan Berisiko Tinggi

Assalamualaikum

Baru- baru ini aku melawat seorang rakan yang merupakan ex- ofismateku. Beliau sekarang tengah menyambung pelajarannya ke PhD di UKM.

Nak dijadikan cerita, sebenarnya aku tidak tahu yang beliau telah mengalami keguguran baru- baru ini dan masih dalam
pantang 2 minggu.


Terkejut aku. Sebabnya usia kandungan kami memang sama. Kami sama- sama mengalami morning sickness yang teruk.

Punca sebenar adalah bayi dalam kandungannya tidak membesar seperti bayi normal. Pertumbuhan bayinya seakan terhenti pada 3 minggu sebelumnya. Pada masa itu, kandungannya sudah mencecah 20 minggu.

Pemeriksaan antenatal dilakukan seperti biasa akan tetapi, doktor mengesahkan masalah ini.

Oleh itu, doktor mencadangkan agar kandungan ini di 'induce' memandangkan beliau tidak menunjukkan sebarang tanda keguguran.

Masalahnya, beliau sebelum ini sudah bersalin secara czer sebanyak 2 kali melalui dua anak yang sedia ada. Dan pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali juga.

Doktor kata, induce hanya boleh dilakukan sebanyak 5 kali dan jika kandungan ini tidak juga keluar, maka beliau harus menjalani pembedahan berisiko tinggi bagi mengeluarkan janin tersebut.

Maka, beliau ditahan di wad HUKM sejurus selepas itu. Induce kali pertama. Beliau tidak mengalami apa- apa tanda. Risau sungguh hatinya.

Induce kali kedua. Alhamdulillah kandungannya keluar sempurna lengkap dalam kantung. Beliau bersyukur kerana dapat elakkan daripada menjalani pembedahan berisiko tinggi yang mungkin boleh mengancam nyawa si ibu.

Sebak dan sedih rasa apabila beliau menceritakan semuanya. Berkaca- kaca matanya menahan pilu di dada. Aku pun terasa sebak sangat.

Menurut doktor, masalah kandungan tidak membesar dengan normal adalah mungkin disebabkan faktor tekanan yang ibu alami semasa dalam proses kehamilan.

Mungkin ibu tidak menyedarinya, akan tetapi bayi dalam kandungan boleh merasa dan menerima efek yang buruk terhadap tekanan tersebut.

Tambahan pula, disebabkan oleh sejarah kandungan ibu yang sebelum ini sememangnya agak fragile, menjadi kemungkinan punca masalah tersebut.

Oleh yang demikian, para ibu yang sememangnya faham akan tubuh badan sendiri, seharusnya ambil serius dan peka akan perkara ini.

Amalkanlah supplemen untuk penguat rahim dan dapatkanlah nasihat dari doktor sebelum mengambil sebarang supplemen tertentu.

KakMas sarankan pengambilan makanan seimbang, jangan makan makanan yang agak tajam seperti air kelapa dan nenas. Jaga emosi ketika di awal kehamilan. Jangan kerja dan angkat benda- benda yang berat. Mohon pertolongan suami.

Selain itu, amalkan vitamin yang diberikan oleh doktor. Di samping, supplemen sebagai nutrisi tambahan contohnya ESP.

ESP Shaklee boleh membantu untuk menguatkan rahim si ibu kerana terdiri daripada asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Ianya perlu diambil sebagai makanan tambahan bagi membina struktur sel dinding yang kukuh pada rahim si ibu.

Sekiranya ibu preggie mahu mendapatkan ESP Shaklee ini, boleh sahaja menghubungi Kak Mas di talian 013-6341955 ya.

Konsultasi percuma akan diberikan buat kalian.

Salam sayang,
ibum3m 
013-6341955
Pengedar Shaklee Shah Alam/ Hulu Langat


Tiada ulasan:

Cara Elak Lapar Dan Dahaga Ketika Berpuasa Buat Ibu Hamil 38 Minggu

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan yang ketiga. Alhamdulillah Dia beri lagi kesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini. Sebenarnya, tera...