Sabtu, 20 Januari 2018

Bapak Idola Tiada Duanya

Bismillahirrahmanirrahim

Beliau seorang perantau dari seberang. Datangnya ke Tanah Malaya untuk mencari rezeki buat keluarga.


Bertemu jodoh di negeri di bawah bayu, Alhamdulillah dikurniai sebelas cahayamata.

Seorang yang sentiasa ceria, kelakar tapi dalam masa yang sama tetap tegas. Suka bermain gitar di masa lapangnya dan menghiburkan kami semua.

Dalam pencariannya mencari rezeki buat keluarga, beliau membeli sebidang tanah untuk diusahakan di samping kerja hakiki yang sedia ada.

Berbudi kepada tanah, sumber rezeki juga buat kami sekeluarga. Anak- anak di ajar bagaimana susahnya mencari duit untuk belanja sekolah dan tidak semena- mena permintaan anak- anak itu dipenuhi.

Seingat aku, aku dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, aku menginginkan basikal sendiri.

Beliau diam. Sambungnya lagi, 'Bantu bapa korek koko banyak- banyak, baru boleh dapat duit untuk sekolahmu ya nak. Sekolah lagi penting, adik- adikmu ramai lagi'.

Sejak itu aku tidak pernah lagi minta apa- apa pun. Cukuplah sekadar berkongsi basikal dengan abang dan jiran yang lain.

Ya, begitulah didikan beliau buat kami. Selalu diingatkan supaya ingat adik- beradik yang lain. Jangan pentingkan diri sendiri.

Beliau seorang kuat. Kuat dari segala segi. Kuat usaha, kuat kerja, kuat buat lawak dan kuat pendiriannya.

Tapi satu jenis kuat yang aku rasa sangat tidak suka pada dirinya, kuat melawan sakitnya walaupun sudah di tahap yang kritikal. Disembunyikannya sampai ke tahap tertinggi.

Beliau bapak kami. Sungguh aku mengagumi dan menyanjunginya. Tiada kata yang bisa ku luahkan untuk menyatakan betapa tinggi dan luhur hatinya buat keluarga
.
Pengorbanan yang tidak pernah padam. Sayang bapak. 

Mudahan beliau diberi kesembuhan secara total dan kembali ceria seperti dulu.

O Allah, Jagakan dia Untuk Kami ❤️

Rasa dari hati,
ibum3m

Tiada ulasan:

Perjalanan Balik Ke Tawau Bersama 4 Anak Kecil

Assalamualaikum Alhamdulillah penerbangan pertama dari MAS pukul 7.20 pagi ke Tawau Sabah. Syukur anak- anak semuanya mood baik. Dan...