Rabu, 24 Januari 2018

Tips Mengurangkan Sakit Urat Dan Urat Timbul Ketika Hamil

Assalamualaikum

Menginjak kandungan ke usia 3 bulan, terus mengalami masalah urat timbul yang sebelum ini memang sering datang pabila hamil.



Oleh kerana badan yang normal memang bersaiz kecil, berat sebelum mengandung 42kg sahaja. Tidaklah dapat menampung berat bayi yang semakin membesar dalam rahim ini.

Terkadang ianya faktor genetik juga. Sebab sebelum ini, ibu sendiri dan dua orang kakak memang mengalami masalah yang sama ketika hamil. Tapi ianya merupakan one off penyakit saja sebab lepas sahaja bayi dilahirkan, hilang segala masalah tersebut.

Dikenali juga sebagai varicose veins, para ibu jangan memandang enteng masalah ini. Kerana akibatnya boleh menyebabkan ibu sesak nafas dan mungkin boleh membawa maut. Darah yang membawa oksigen tidak mencukupi dan sekiranya ini berlaku, boleh menyebabkan strok kecil di bahagian jantung si ibu. Ini lah yang diterangkan oleh doktor antenatal yang ku temui.

Sekiranya ibu mengalami sesak nafas, segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Di samping itu, Mas ada tiga cara yang ingin dikongsi buat ibu hamil yang mengalami masalah yang sama.

1. Guna stokin yang dinamakan compression socks. Ianya banyak dijual di farmasi termasuklah guardian dan watson. Ku beli masa mengandung anak kedua, jenama Scholl yang berharga RM90. Sekarang pun ada yang dalam lingkungan RM70 dan ke atas.


Guna stokin ini ketika waktu siang. Tapi semasa tidur, jangan gunakan stokin ini.



2. Ubat sapu atau spray jenama Perskindol. Ini sangat best. Hanya spray ja di kawasan yang ada urat timbul tu, sapu dan terus pakai compression socks untuk lebih efektif.



3. Jangan sekali- kali tidak minum susu. Kalaupun rasa nak muntah, ambillah supplemen kalsium yang sesuai buat ibu. Daku amalkan Ostematriks Shaklee yang lengkap dengan Magnesium untuk penyerapan yang lebih efektif dalam badan.




Ostematriks ni berharga RM61.25 untuk 120 biji. Boleh dapatkan dengan Kak Mas ya. Wassap saja 013.634.1955.


Diharap dengan tiga tips mudah ini, dapatlah membantu untuk mengurangkan masalah urat timbul yang kalian alami.


Inshaa Allah. Wallahu'alam.

Salam sayang,
ibum3m aka KakMas
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam

Tiada ulasan:

Cara Untuk Kurangkan Masalah Bengkak Susu Semasa Berpantang

Bismillahirrahmanirrahim Teringat masa melahirkan anak keempat, Musa, aku alami bengkak susu pada hati ketiga. Kebiasaannya, mak bidan akan ...