Khamis, 18 Januari 2018

Small Office Home Office Buat Work-At-Home-Mom

Assalamualaikum

In shaa Allah

Mengimpikan ada ruangan kecil ini untuk menguruskan bisnes dengan lebih sistematik.


Ada sistem filing yang teratur dengan resit order, buku rujukan, buku nota produk, buku akaun keluar masuk duit dan juga buku rujukan. Ada lemari khas untuk ready stok supaya boleh COD bila- bila masa.

Siap ada laptop dan printer jugak. Depan laptop mesti ada board yang tertulis misi dan visi yang ingin di capai. Gambar suami, anak- anak dan famili sebagai 'push factor' untuk sukses.

In shaa Allah tengah kemas bilik mym3m dulu. Dalam tu nanti bole la buat ruangan kecil untuk si ibu berbisnes 😉.

Sekarang ni, dimana- mana ja bisnes jalan. Di dapur, di luar sambil menjemur kain, di bilik atas katil jugak hehe. Pokoknya, merata tempat.

Tapi yang penting ada line internet dong. Kalau tiada, memang nda jalan la bisnes iols. 😄

Semua ini perancangan sebelum bakal bayi ke empat ini dilahirkan pada penghujung bulan Mei ini.

Semoga ibu masih ada tenaga dan semangat untuk bakal SOHO ku. Huhu

Salam manis,
ibum3m

Tiada ulasan:

Cara Untuk Kurangkan Masalah Bengkak Susu Semasa Berpantang

Bismillahirrahmanirrahim Teringat masa melahirkan anak keempat, Musa, aku alami bengkak susu pada hati ketiga. Kebiasaannya, mak bidan akan ...