Isnin, 15 Januari 2018

Petua Mengurangkan Hidung Tersumbat Dan Batuk Disebabkan Flu Selesema

Assalamualaikum..

Hari ni tekak rasa semacam ja. Perit dan sukar untuk menelan.

Hidung pun asyik sok sek sok sek tanda tersumbat. Pabila malam menjelang, rasa tidak boleh bernafas melalui hidung. Terpaksa dari mulut.

Alahai ini memang simptom flu, selesema dan demam.
Maka, setelah ketiga-tiga anak tidur, aku pun buat tiga perkara ini supaya selesema itu berkurangan.

Pertama, buat minyak bawang putih. Ku ambil 5 ulas bawang putih tidak buang kulit. Cucuk dengan lidi dan bakar satu persatu di atas api.

Ketuk dengan lesung sikit. Masukkan dalam bekas kaca kecil. Tambah minyak zaitun dan minyak telon supaya lebih wangi.
Ini ku sapu di atas dada, di belakang dan tapak kaki sebelum tidur.


Kedua, ku ambil bawang merah sederhana besar. Buang kulitnya dan hiris nipis- nipis.


Ini pula akan diletakkan berdekatan dengan kawasan tempat tidur. Semacam ionizer gitu untuk membersihkan udara dalam bilik.


Ketiga, disebabkan khasiat bawang putih ini terlalu banyak. Bak kata Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi fb beliau, bawang putih ini sangat mujarab untuk mengurangkan selesema dan flu.


Beliau menyarankan ibu- ibu yang menyusu yang punya anak bawah setahun apabila diserang flu atau selesema, makan saja satu atau dua ulas bawang putih sehari. Secara mentah. Tidak payah untuk memberi ubat kepada bayi tersebut.

Tapi untuk menelan bawang putih itu mentah- mentah, amatlah payah walaupun aku pernah ikhtiar begini. Terasa sungguh di tekak.

Syukur juga la, Shaklee ada produk Garlic Complex dalam bentuk pil/ tablet yang senang untuk di telan.
Maka, aku pun menelan la Garlic ni 3 biji.


Bismillahi tawakkaltu.. mudahan dengan ikhtiar ini dapatlah mengurangkan flu dan hidung tersumbat yang di alami.

Dengan izinNya jua.

Salam sayang,
Ibu Mas
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam/Hulu Langat

Tiada ulasan:

Cara Elak Lapar Dan Dahaga Ketika Berpuasa Buat Ibu Hamil 38 Minggu

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan yang ketiga. Alhamdulillah Dia beri lagi kesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini. Sebenarnya, tera...