Khamis, 12 Jun 2014

5 Khasiat Kurma Ibu Hamil Mesti Tahu

 
 
 
 
 
1. Penuh zat besi

Sangat sesuai untuk ibu yang mengalami anemia akibat kekurangan sel darah merah dalam tubuh.

2. Kaya khasiat
 
Mengandungi protein (1.8%- 2%), serat (2%-4%), glukosa (50%- 57%), vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.

3. Mudah kenyang
 
Kandungan gula dalam kurma mudah diserap oleh tubuh dan dapat memberi tenaga segera apabila anda memakannya ketika lapar. Malah, ianya membuatkan kita cepat kenyang dan secara tidak langsung, elakkan dari pemakanan yang berlebihan.

4. Tinggi potassium
 
Kandungan potassium yang tinggi penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah payu dara dan rahim.

5. Mudahkan proses bersalin
 
Kurma boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan khusus di dalamnya yang boleh membantu proses bersalin.
 
Sumber : Pa & Ma 2013

Tiada ulasan:

Artikel lain yang di minati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini