Ahad, 22 Jun 2014

8 Tips Atasi Masalah Kawalan Kencing

Gejala lemah kawalan pundi kencing berlaku disebabkan oleh masalah pada otot dan saraf yang  mengawal dan membebaskan air kencing. Hal ini terjadi kerana otot lantai pelvis menjadi lemah dan tidak cukup kuat untuk mengawal air kencing daripada terkeluar.
 
Kesannya?
 
Lantai pelvis yang longgar dan lemah boleh mejejaskan tahap kepuasan semasa hubungan intim berlangsung.
 
Tips!
 
1. Kekalkan berat badan yang sesuai bagi mengurangkan bebanan pada otot lantai pelvis.
 
2. Amalkan senaman khas seperti senaman lantai pelvis dan senaman Kagel untuk menguatkan otot lantai pelvis.
 
3. Kurangkan pengambilan minuman atau bahan yang mengandungi kandungan kafein yang tinggi kerana ia akan meningkatkan pengeluaran air kencing.
 
4. Hindari minuman sejuk atau air batu yang mudah menyebabkan batuk. lebih baik jika amalkan minum lebih banyak air suam.
 
5. Elakkan minuman berkarbonat yang boleh menyebabkan radang dan rengsa pada pundi kencing.
 
6. Gunakan pelapik seluar yang direka khas untuk masalah kawalan kencing. Ia boleh memberikan perlindungan daripada kebocoran supaya selesa dan yakin.
 
7. Buat diari pundi kencing kerana ianya boleh membantu anda berwaspada. Hal ini juga membolehkan anda mempelajari cara- cara mengurrus masalah kawalan kencing.
 
8. Latihan pundi kencing sangat berkesan dalam mengurangkan kekerapan individu untuk ke tandas. Jika doktor mencadangkan anda melakukan latihan ini, anda perlu memulakan dengan mengisi diari pundi kencing terlebih dahulu supaya program yang berkesan dapat direka untuk anda.
 
Sumber : Pa&Ma
 
Semoga bermanfaat!
 
Ibum2m

Tiada ulasan:

Artikel lain yang di minati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini