3 Doa Amalan Bagi Pasangan Yang Menginginkan Zuriat

Setiap pasangan berumahtangga sememangnya menantikan kehadiran cahaya mata selepas memasuki gerbang perkahwinan. Jangan berputus harap dan tetap berusaha kerana Dia Maha Mendengar.
 
Insya Allah setiap pasangan bolehlah mengamalkan doa di bawah setiap kali selesai solat fardhu..

"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhya Engkau Maha Pendengar Doa".
(Surah Al- Imran, Ayat 38)
 
"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata : "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri- isteri dan zuriat keturunan kami: perkara- perkara yang menyukakan hati melihatnya. dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang- orang yang (mahu) bertakwa."
(Surah Al- Furqan, ayat 74)
 
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata : "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik- baik yang mewarisi."
(Surah Al- Anbiya, ayat 89)
 
Semoga bermanfaat!!!
 
Sayang,
ibum2m

Ulasan

Catatan Popular