Jumaat, 27 Jun 2014

Tips Ibu Berpantang Supaya Luka Episiotomi Cepat Sembuh

Assalamualaikum dan salam ceria..

Kebiasaannya luka episiotomi ni memang tidak dapat kita elakkan masa kelahiran anak sulung kan ibu- ibu? Walaupun sememangnya kita dalam kesakitan, tapi ingatlah bahawa apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan kita pahala jihad di jalan Allah.. Insya Allah..



Untuk itu, ibu seharusnya banyakkan bersabar dan banyakkan berehat. Tips ibu kepada ibum2m ialah kalau bayi kita tidur, kita pun turut tidur sama di waktu siang sebab kita akan banyak berjaga di waktu malam kan..so bolehlah kita mengumpul tenaga untuk berjaga malam. Minta bantuan suami atau ahli keluarga yang lain untuk tugas- tugas yang tidak boleh kita buat. Tenang dan berehatlah sepuasnya..

10 Tips supaya luka episiotomi cepat sembuh ibum2m kongsikan di sini..

1. Pastikan kawasan tu kering sentiasa setiap kali membuang air kecil atau mandi.

2. Sentiasa pastikan kawasan ruang perineum bersih dari darah nifas dan air kencing yang ada kuman yang boleh mengakibatkan jangkitan pada luka.

3. Boleh amalkan sitz bath iaitu merendamkan punggung ke dalam air garam akan mengurangkan sakit dan membersihkan luka tersebut. Sediakan garam di dalam bekas bertutup di dalam bilik mandi untuk memudahkan ibu- ibu.

4. Elakkan duduk atau baring dalam tempoh yang lama kerana akan menyebabkan tekanan pada luka. Jangan juga terlalu banyak bergerak ya wahai ibu- ibu!

5. Pastikan tidak SEMBELIT!. Ini merupakan pengalaman ngeri ibum2m semasa berpantang anak pertama, Maisha. Alhamdulillah untuk anak kedua, ibum2m tidak mengalami masalah ini disebabkan mengambil Ostematriks Shaklee yang sememangnya membantu untuk tindakan pengecutan dan pengenduran otot di bahagian usus kita. Fuhh memang sangat lega sebab sekiranya sembelit, luka episiotomi memang akan bertambah teruk! Mo order, boleh hubungi ibum2m ja 013-6341955, hanya RM61 ja untuk 120 biji. ;-)

6. Elakkan makan telur dan makanan laut kerana ianya boleh menyebabkan luka bernanah.

7. Boleh buat senaman Kegel bagi memastikan pengaliran darah ke kawasan tersebut dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. Boleh klik di SINI untuk mengetahui cara- cara senaman Kagel. Klik di SINI juga untuk penerangannya.

8. Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk menyerap peluh dan supaya kelembapan dapat dielakkan. Bagi ibu m2m, untuk seminggu awal memang akan guna disposable panties ja sebab senang dan fleksibel. :-) Boleh beli di guardian ja.

9. Pernah try guna minyak gamat, letak di pad sebelum memakai seluar dalam. Memang luka cepat sangat sembuh. :-)

10. Ibu- ibu boleh juga mengamalkan pengambilan Zink Shaklee yang sememangnya bertindak untuk mempercepatkan pemulihan luka dalaman mahupun luaran, tidak kira bersalin secara normal atau pembedahan. Harganya cuma RM33.75 untuk 120 biji, penggunaan selama 2 bulan.


Untuk pesanan Set Luka Episiotomi di atas, para ibu boleh klik di bawah ni sahaja. Segalanya di hujung jari anda! Dapatkannya sekarang!


Set Luka Episiotomi


Semoga bermanfaat ibu- ibu sekalian!
"BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING"
Love,
ibum2m

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...