Selasa, 10 Jun 2014

Misteri Lagu Mikail

Assalamualaikum dan salam bahagia semuanya..
 
Ibum2m percaya yang semua mesti pernah dengar lagu Al-Haq nyanyian Mawi dan Dato' AC Mizal? Lagu ni memang jadi kesukaan ibum2m disebabkan ada mention nama Mikail..;-) Maisha pun kalau dengar lagu ni di radio atau mana- mana, mesti dia cakap, " Ibu, ni lagu adik Mikail kan ibu?"..
 
Rupanya dalam lagu ni, terselit doa yang sangat bagus untuk diamalkan iaitu doa pelindung daripada syaitan dan hasad dengki. Doa ini dikenali sebagai Hizib al-Hafiz iaitu Doa Bismillah.

"Allahu ya hafizu nafsi wa ruhi"
Ya Allah, peliharalah diriku dan rohku
 
"Bismillahi Jibril"
Dengan nama Allah, Jibril
 
"Fi Yamini"
Pada kananku
 
"Bismillahi Mikail"
Dengan nama Allah, Mikail
 
"Fi Shimali"
Pada kiriku
 
"Bismillahi Israfil"
Dengan nama Allah, Israfil
 
"Fi Amami"
Pada hadapanku
 
"Bismillahi Izrail"
Dengan nama Allah, Izrail

 
 
 
 
Kesimpulannya, di samping menyanyi lagu ni, bolehlah ianya dijadikan amalan seharian kita kan..Jom nyanyi!
 
 
Salam Sayang,
ibum2m


Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...