Khamis, 21 Ogos 2014

Seleksi Puri Buat Si Comel

Assalamualaikum dan selamat pagi..
 
Perkongsian ibum2m hari ni ialah beberapa seleksi puri buat si comel anda! Ibum2m dulu sememangnya teruja untuk memberi makan pada Maisha dan Mikail apabila m2m menginjak ke umur 6 bulan. Si ibu pulak yang tidak sabar- sabar kan? hehe..
 
puri bayi
Puri buah- buahan
 
 
Perbezaan keduanya, Maisha suka kepada makanan yang masam- masam, Mikail pulak suka makanan yang manis- manis. Kegemaran Maisha dulu ialah puri brokoli, Mikail pula sangat suka puri labu. Padahal, masa mengandungkan Maisha, ibum2m suka kepada benda- benda manis tapi mengandungkan Mikail, suka benda yang masam- masam..Terbalik pulak kan?
 
Ibum2m lagi suka membuat puri ni sendiri di rumah. Setiap hari, ibum2m bangun pukul 5.30pagi untuk siapkan dan masakkan puri ni sebelum bertolak ke tempat kerja.
 


Mikail tengah makan..:-)
 
Ok, lazimnya ada 3 jenis puri iaitu puri nasi, puri sayur- sayuran dan puri buah- buahan.
 
Jom tengok 5 resepi mudah buat si manja anda!
 
# Puri Nasi
- Segenggam beras di cuci bersih. ( Lagi sedap kalau beras wangi..tapi kalau tiada, beras apa- apa pun boleh juga)
- Masak sehingga ianya mendidih dan kembang.
- Siap untuk di blender.
- Bubur nasi ni boleh dijadikan bahan asas untuk dihidang bersama puri sayuran. Kebiasaannya, puri ni bagus dan sesuai diperkenalkan kepada si manja untuk minggu pertama dan minggu kedua sebagai permulaan memperkenalkan makanan mereka.
 
# Puri Sayuran
- Ambil 5 kuntum kecil brokoli.
- Rebus atau kukus sampai lembut.
- 'Blender' hingga hancur dan halus.
 
# Puri Lobak Merah
- Ambil sebatang lobak merah yang bersaiz kecil ( lagi sedap kalau guna 'baby carrot'). Buangkan kulitnya.
- Potong dadu dan rebus sampai lembut.
- Sudah lembut, kisar sampai halus. Boleh tambah sedikit air semasa mengisar tu.
 
# Puri Epal
- Buah epal dipotong dadu dan dibuang kulit.
- Rebus dengan menggunakan air sedikit.
- Masak sampai lembut.
- Kemudian kisar sehingga halus.
 
# Puri Pisang
- Ambil sebiji pisang, buangkan kulitnya.
- Kisar pisang dengan sedikit air sehingga halus.
 
 
INFO PENTING : Jika anak makan sikit tidak mengapa ya duhai ibu. Ini kerana jumlah itu sudah CUKUP untuk anak kita sebab perut mereka masih kecil. Jadi, jangan paksa si manja anda untuk habiskan makanan mereka ya!
 
Si kakak, Maisha tengah menyuap Mikail makan


Sedapnya..nyum nyum ;-)

 
 
Semoga bermanfaat!
 
Sumber : Pa&Ma

Tiada ulasan:

Artikel lain yang di minati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini