Rabu, 27 Ogos 2014

10 Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Berpantang

Indahnya momen buat si ibu selepas melahirkan kan? Tahniah buatmu kerana telah memasuki alam baru yang bakal dipenuhi dengan warna warni si manja. Sekarang tiba masa untuk menjaga kesihatan diri setelah berjuang selama 9 bulan.



wanita melahirkan anak
Indahnya momen bergelar ibu

Istimewa, tips ni ditujukan khusus buat para ibu yang baru melahirkan anak. Bagi memastikan badan kita kembali normal dan kesihatan betul- betul terjamin, di sini ibum2m berkongsi panduan mengenai 10 jenis makanan yang perlu dielakkan ketika berpantang.
 

1. Sayur- sayuran menjalar, sejuk dan berangin
Contoh : Kangkung, pucuk ubi, kacang buncis, kacang panjang, timun, petai, cili, brokoli, saleri, petola, labu, terung, ubi kayu dan kobis.
Kesan : Sakit tulang, lemah- lemah sendi dan sejuk pada otot.

2. Buah- buahan
Contoh : Tebu, nenas, belimbing, nangka, cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak hijau, ciku, langsat dan tembikai cina.
Kesan : Sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot.

3. Ikan masin atau ikan kering
Kesan : Boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan tidak berkhasiat buat ibu berpantang.

4. Ikan berbisa
Contoh : Bawal hitam, terubuk, pari, duri, sembilang dan parang.
Kesan : Dikhuatiri bisa pada pintu rahim.
 
5. Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut.
Kesan : Menyebabkan kegatalan kulit dan alahan serta boleh menybabkan luka pembedahan bernanah.
 
6. Ayam biasa atau 'ayam bandar' dan telur ayam kena elakkan selama 44 hari berpantang.
 
7. Air ais, air sejuk, air berkarbonat, air tebu. air cincau, air kelapa muda dan air jus buah- buahan.
Kesan : Dikhuatiri tajam dan boleh menyebabkan angin dalam badan.
 
8. Teh
Kesan : Boleh menyebabkan angin dan kembung perut.
 
9. Apa jua jenis makanan berminyak, berlemak dan berkolesterol tinggi.
 
10. Daging lembu perlu dielakkan sehingga kira- kira dua minggu selepas bersalin.


Semoga bermanfaat!

Sumber : Pa&Ma

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...