Khamis, 27 April 2017

Soaljawab Mengenai Menu Harian Bagi Pesakit Diabetes Mengikut Pakar Nutrisi Di Hospital Kuala Lumpur: Part 2

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Perkongsian hari ini adalah bersambung dari perkongsian Kak Mas yang lepas. Kalian boleh membacanya di sini, Soaljawab mengenai menu harian pesakit Diabetes part 1.

Akan tetapi, pemilihan menu harian pada hari ini adalah berkaitan dengan buah- buahan yang diboleh atau tidak digalakkan untuk pesakit Diabetes atau kencing manis.

Menurut Pakar Nutrisi di HKL, beliau menyarankan bahawa pengambilan buah sebaiknya perlu diamalkan ketika makan tengahari dan makan malam sahaja. Ianya perlu diambil sebelum atau selepas makan dan mesti bersama makanan. Tidak digalakkan untuk mengambilnya semasa perut kosong. Lebih afdal katanya, sebelum makan iaitu pada ketika waktu makan utama. Akan tetapi, diingatkan supaya jangan sekali- kali menggantikan buah dengan makan utama.

Sebagai contoh, pesakit sudah berasa agak kenyang dengan memakan buah, lalu mengambil keputusan untuk tidak makan malam atau makan tengahari. Ini sama sekali tidak digalakkan untuk pesakit.

Untuk pemilihan buah, kuantitinya adalah satu biji sahaja iaitu sebiji buah yang boleh dipegang oleh tangan kita. Contohnya buah epal, pear, kiwi, oren, plum dan sebagainya. Perlu di ingat, amaun yang digalakkan cuma sebiji yang boleh dipegang oleh tangan kalian.

Untuk pisang pula, sebaiknya di ukur iaitu hanya 10cm sahaja yang dibenarkan. Ini kerana pisang mengandungi kandungi potassium yang tinggi dan gula yang tinggi buat kalian.

Boleh kah makan buah rambutan?
Boleh, Hanya 2 biji sahaja untuk sehari.

Bagaimana dengan buah durian?
Boleh. Kuantiti yang dibenarkan hanya 2 ulas bersaiz sederhana setiap hari.

Bolehkah makan buah anggur dan longan?
Boleh. Anggur, longan dan laici boleh di ambil dalam amaun 8 biji sehari.

Kombinasi buah- buahan?
Boleh. Sebagai contoh, buah epal separuh beserta 4 biji anggur. Ini sudah memadai.

Bilakah masa yang terbaik untuk makan buah tersebut?
Sebelum makan malam dan makan tengahari dengan kuantiti yang dibenarkan. Tidak digalakkan untuk mengambilnya semasa minum pagi dan minum petang.

Bolehkah menjadikan hidangan buah- buahan sebagai jus?
Boleh. Tidak dibenarkan sama sekali memilih jus kotak yang terdapat di pasaran dan supermarket. Jus mestilah dibuat sendiri di rumah tanpa menambah sebarang gula atau pemanis seperti stevia dan sebagainya.

Bolehkah saya minum susu tepung yang ada di pasaran?
Boleh, dengan kadar dua cawan sehari. Perlu diingat, susu rendah lemak sahaja yang digalakkan buat kalian. Dinasihatkan agar kalian tidak memilih susu penuh krim dan 'skimmed' milk kerana ianya mengandungi kandungan gula dan krim yang tinggi.


Ini pula diet buat pesakit Diabetes yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Klik sahaja di SINI.

Nasihat Kak Mas, jangan lupa 3 komponen utama dalam pengurusan Diabetes iaitu Pemakanan, Ubatan dan Senaman. Tidak salah mencari alternatif lain, akan tetapi 3 komponen penting ini mesti dipatuhi. Perlu di ingat bahawa supplemen alternatif hanya boleh membantu menstabilkan paras gula dalam darah sahaja.

Andai kata kalian mencari alternatif supplemen, Vivix Shaklee lah jawapannya. Ini adalah kerana ianya terbukti melalui kajian penyelidikan yang terperinci berkesan, selamat dan membantu meningkatkan kesihatan ke arah yang lebih baik.



Tambahan pula, satu kajian Landmark Study iaitu kajian keberkesanan pengamal Shaklee yang mengamalkan supplemen Shaklee lebih 20 hingga 30 tahun menunjukkan mereka mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik jika dibandungkan dengan pengamal supplemen jenama lain dan juga golongan yang tidak mengamalkan supplemen secara langsung.



Kalian perlu bijak memilih. Produk yang dipilih bukanlah sekadar testimoni, bukan sekadar mendapat kelulusan KKM yang kemudiannya ditarik balik, dan bukannya produk yang dibancuh di belakang rumah. Vivix Shaklee terbukti semulajadi, selamat dan berkesan.



Semoga bermanfaat.

Pilih dengan bijak,
ibum3m
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam/ Hulu Langat

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...