Sabtu, 22 April 2017

Bagaimana Untuk Meningkatkan Stamina Dan Kekal Bertenaga Sepanjang Hari?

Bismillahirrahmanirrahim




Allahuakbar. Sungguh teruja dan terharu melihat kejayaan bintang kesayangan Malaysia, Azizulhasni Awang. Rasa mahu menangis pun ada. 10 tahun beliau mencuba. 10 tahun tuh, bukan satu atau dua tahun. Ku pinjam semangatmu ya dik.




Kebetulan hari Sabtu, 8hb April, kami memenuhi permintaan Maisha dan Mikail yang sangat menginginkan basikal. Maka, kami pun menggugel dan sampai ke kedai basikal.my di Meru.



Ada berbagai jenis basikal dan agak murah berbanding tempat lain. Menariknya, ada basikal yang punya tayar yang berbeza. Sorry lah dik, ahkak baru tahu yang ini. Keh keh.

Ada serupa tayar motor yang agak tebal sampailah tayar yang sangat nipis. Ku rasa yang Azizulhasni Awang guna ni mesti yang tayar nipis. Apatah namanya, ahkak pun tak tahu dik oi! Nanti cerita mengenai entri ini ya.

Bercakap mengenai basikal ni, abang sulung dan adik lelaki pun sudah terjebak dengan arena basikal ni. Entah dari mana, sudah menjadi trend terkini pulak kan? Maka, adik lelaki ni pun bertanya kepada ahkak, 'Cuba dulu share supplemen apa yang bagus untuk lebih bertenaga bila berbasikal ini?'.

Justeru, si kakak pun berbuih la mulut berkongsi. Antara supplemen untuk meningkatkan tenaga dan stamina ketika menjalani aktiviti harian atau bersukan ialah:

1. Vitalea


Multivitamin yang pertama dicipta di dunia. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang disarankan oleh RDA. Di antara tablet multivitamin yang paling pantas terlarut dalam air dan juga tubuh manusia di dunia iaitu 'Explo-tab' kerana dihasilkan melalui kaedah terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks.



Fungsi : Untuk membekalkan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental. Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma. Ianya juga merupakan pelengkap nutrisi seharian. 


2. Vitamin B Kompleks

Mengandungi kesemua 8 komponen penting vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12 termasuklah asid folik dan 100 % biotin. Kesemua komponen ini perlu ada pada vitamin B kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Fungsi : Menukarkan makanan kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan. Membantu tumbesaran dan mencegah anemia.


3. Performance Drink

Ini WAJIB diamalkan oleh ahli sukan. Merupakan minuman sukan pertama bagi para atlit di Amerika Syarikat. Para atlit bertaraf antarabangsa kerana minuman ini banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia yang baik dalam dunia sukan. 

Fungsi : Membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal. Mencegah penyahhidratan dengan membantu tubuh menjaga kestabilan bendalir dalam badan. Turut membantu mengekalkan paras gula. Boleh diminum sebelum, semasa ataupun selepas aktiviti sukan.

4. Cinch Energy Tea Mix

Dirumus secara eksklusif dari 4 jenis teh iaitu matcha green tea powder, red tea extract, white tea extract dan rooibos red tea extract.

Fungsi : Penggalak tenaga semulajadi. Ditambah dengan taurina yang berfungsi untuk meningkatkan tenaga dan ketahanan badan. Meningkatkan kecergasan tubuh. Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.

5. Vivix

Produk supplemen revolusionari anti- penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap sellular. Dihasilkan pada tahun 2000. Mengandungi 4 jenis ramuan semulajadi berasaskan anggur Muscadine, lobak ungu, elderberi dan knotweed Jepun (Polygonum cuspidatum).

Fungsi : Memberikan tenaga sehingga ke peringkat sel dimana menggalakkan biogenesis iaitu pembentukan baru mitokondria. Mitokondria merupakan organel di dalam sel yang berfungsi sebagai tapak penjanaan tenaga bagi tubuh manusia. Apabila bilangan mitokondria ini meningkat, maka penghasilan tenaga pun akan turut meningkat.

Ini adalah di antara 5 supplemen Shaklee yang bagus untuk meningkatkan stamina dan kecergasan tubuh. Ianya bukan sahaja untuk ahli sukan, malah semua kita boleh mengamalkannya. Untuk kesihatan yang menyeluruh.

Berminat mendapatkan Set Stamina ini, boleh sahaja menghubungi Kak Mas, 013.634.1955. Penjimatan berganda boleh di dapati dengan keahlian secara PERCUMA.

Konsultasi terbaik hanya untuk kalian. Wassap saja. 

Semoga bermanfaat!

Salam sayang,
ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam



Tiada ulasan:

Artikel lain yang di minati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini