Sabtu, 15 April 2017

Set Penjagaan Wajah Semulajadi, Selamat Dan Berkesan Tanpa Bahan Beracun

Bismillahirrahmanirrahim.

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Ibarat irama dan lagu. Setiap wanita suka dipuji terutamanya dari segi kecantikan.


'Cantik awak hari ini.' Maka mood nya akan ceria di sepanjang hari tersebut. Hidung kembang kuncup mengalahkan penutup periuk. Keh Keh.

Setiap wanita mementingkan kecantikan terutamanya dari segi penjagaan wajah. Dek kerana mahu cantik, ada yang sanggup menggadai nyawa dengan menggunakan produk kecantikan tiruan yang tumbuh bak cendawan memenuhi pasaran.

Terpedaya dengan iklan palsu dan model cantik, padahal produk tersebut berselindung bahan- bahan yang merbahaya. Bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kulit, malah mengundang kanser sehinggakan boleh menyebabkan kecatatan kepada bayi yang dikandung. Nauzubillah.




Justeru, amat penting bagi kita untuk memilih produk kecantikan wajah yang benar- benar diyakini selamat. Bukan sekadar mendapat kelulusan KKM. Kadang tu, sudah dapat kelulusan KKM pun boleh pulak ditarik balik. Ngeri sungguh.

Penting untuk kita pastikan bahawa produk tersebut di hasilkan oleh syarikat yang diyakini. Bersyukur sangat sebab daku telah menemui Set Penjagaan Wajah oleh Shaklee. Syarikat yang sudah lebih 100 tahun di pasaran antarabangsa. Terkenal dengan banyak kajian klinikal terutamanya landmark study Shaklee.

Untuk pengetahuan, terdapat dua jenis set penjagaan wajah Shaklee iaitu Set Enfuselle dan Nutriwhite. Kebiasaannya, Set Enfuselle adalah untuk kulit yang bermasalah dan berjerawat. Set Nutriwhite khusus untuk pencerahan kulit wajah.

Daku guna Nutriwhite. Justeru, kita cerita mengenai Nutriwhite dulu ya. Hehe.



Apa yang hebat mengenai Set Penjagaan Wajah Nutriwhite ini, ianya diformulasikan khusus buat kulit wanita Asia. Diperbuat dari 16 bahan herba semulajadi.


Alhamdulillah, kulit daku memang agak sensitif. Jerawat pasir tumbuh di dahi. Jeragat bermaharajalela selepas bersalin Muhammad yang ketiga. Liang pori terbuka terutamanya di bahagian hidung dan pipi.

Selepas menggunakan Nutriwhite, terasa kulit wajah lebih lembut, jerawat pasir di dahi berkurangan. Jerawat malu mahu tumbuh dan kulit lebih cerah. Yeah.

Jom tengok testimoni sahabat yang lain.






Langkah pertama, kalian boleh mencuba 3 produk asas iaitu , toner dan krim UV. Langkah kedua, boleh lah memilih krim malam dan juga essence yang bertindak seperti serum. In shaa Allah entri seterusnya akan berkongsi mengenai langkah demi langkah menggunakan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite.



Justeru, sangat penting untuk kita membuat keputusan yang bijak untuk memilih Set Penjagaan Wajah yang sesuai dan selamat buat kita. Ini kerana wajah ini hanya ada satu sahaja. Dan ianya akan melambangkan diri kita untuk sepanjang hidup kita. Fuhh.




Semoga bermanfaat buat kalian. Selamat menjadi 'CHANTEK' luar dan dalam. In shaa Allah. Ahaks!


Berminat untuk mendapatkan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite, konsultasi terbaik hanya untuk sahabat sekalian. Wassap saja MAS 013.634.1955 ya. In shaa Allah sedia memberikan hanya yang terbaik.

Salam Sayang,

ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...