Jumaat, 21 April 2017

Bagaimana Memilih Produk Yang Selamat Tanpa Bahan Berbahaya Untuk Kesihatan Ibu Dan Bayi?

Assalamualaikum wbt.

Indah nya saat hamil. Kadang tengok rakan seofis yang hamil, diri sendiri pun teringin la pulak. Hik hik. Padahal Muhammad belum pun menginjak umur setahun. Paling best, bau bayi. Wangian dari syurga kan? Sangat menenangkan.

Apapun, saat berbadan dua, kita sebagai ibu perlu menitikberatkan soal kesihatan dan bayi yang dikandung. Oleh itu, si ibu perlu berhati- hati dalam memilih produk yang digunakan sebab ianya akan memberi kesan kepada kandungan. Termasuklah penggunaan krim kilo yang menjadi viral sekarang ini.

Justeru, ini senarai yang perlu diberi perhatian oleh ibu dalam memilih apa- apa produk yang ingin digunakan.

1. Retinoids

Dikenali juga sebagai isotretinoin, tretinoin, acitretin, etretinate, adapalene, tazarotene. Ianya didapati dalam produk mengubati akne, psoriasis dan kanser.

Kesan : Pengambilannya boleh menyebabkan keguguran dan kecacatan semasa lahir.

2. Phthalate

Dikenali juga sebagai dibutyl phthalate (DBP), diethylhexyl phthalate (DEHP). Boleh didapati di dalam produk rawatan kuku, gincu, produk anti penuaan dan minyak wangi.

Kesan : Boleh memberikan kecacatan pada fetus.

3. Paraben

Dikenali juga sebagai methylparaben, sodium methylparaben, ethylparaben, propylparaben, butylparaben. Didapati dalam pelembap kulit, syampu, perapi, produk anti penuaan, pelindung cahaya matahari dan alat solek.

Kesan : Boleh mempengaruhi sistem hormon tubuh.

4. Pewangi

Terdiri daripada kolon, pewangi, pati mingak wangi dan jenis semburan. Didapati dalam pelembap kulit, pewangi, gincu dan deodoran.

Kesan : Berisiko menimbulkan masalah terhadap kesihatan si ibu.

5. Toluene

Dikenali juga sebagai metylbenzene. Banyak dalam produk merias kuku.

Kesan : Berperanan sebagai bahan pelarut yang dikatakan boleh mengganggu sistem pembiakan. Jika dihidu dalam amaun yang banyak, boleh mengakibatkan kerosakan otak dan sel.

6. Formaldehyde

Didapati dari produk merias kuku, pewarna dan peluntur rambut serta krim penggayaan rambut.

Kesan : Pihak Cosmetic Ingredient Review Council mencadangkan had kepada produk ini kerana ianya berkaitan dengan kanser dan merupakan toksik kepada sistem pembiakan.

7. P-phenylevediamine

Dikenali sebagai PPD, PPDA yang banyak didapati di dalam pewarna, peluntur, dan semburan rambut serta syampu dan perapi.

Kesan : Ibu yang mewarnakan rambut ketika hamil akan mendedahkan dirinya dan bayi kepada bahaya kesan abnormal dalam sistem pembiakan, kanser dan kesan neurotoxic.

8. Oxybenzone

Dikenali juga sebagai benzophenone. Banyak dalam krim pelindung matahari.

Kesan : Kajian menunjukkan pendedahan dalam jumlah besar boleh menyebabkan kesan toksik dan ketidakseimbangan hormon.

Sebagai peringatan, pastikan produk yang hendak dibeli, ibu kena baca label terlebih dahulu. Bahan label merah iaitu lead acetate, methylisothiazolinone (MIT) dan selenium perlu dielakkan kerana ianya adalah bahan berbahaya.


Periksa label terlebih dahulu.Uji produk terlebih dahulu untuk mengetahui kesannya kepada kulit.Paling penting, bacalah label terlebih dahulu.Pilih dengan BIJAK!


Mahu cerita juga ni, produk Shaklee ni bukan hanya terdiri daripada supplemen semata. Ada juga Set Penjagaan Wajah, Set Penjagaan Rambut dan Set Penjagaan Rumah.



Usah di ragui akan kemurnian produknya kerana ianya memang selamat, semulajadi dan berkesan. Tanpa bahan kimia yang meragukan dan boleh membahayakan kesihatan. Ini SERIUS.





'Change Your Brand, Change Your Life'

Salam sayang,
ibu anak tiga
Pengedar Shaklee Shah Alam
013.634.1955

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...