Rabu, 12 April 2017

Bolehkah Pesakit Tibi Dijangkiti Tibi Buat Kali Kedua?

Assalamualaikum

Hari ni MC. Entah kenapa semalam kejang kaki masa tidur. Walaupun sudah telan 4 biji Ostematriks yakni pil kalsium.


Awal pagi, bersiap dan mengambil alih tugas mertua untuk menghantar Maisha ke sekolah. Dia bersekolah di Yayasan Restu yang terkenal dengan tulisan khat dan kaligrafi Quran yang pertama di Malaysia.

Usai menghantar, pegilah Poliklinik An Nisa yang dekat dengan Hotel de Art. Berjumpa dengan Dr. Sebetulnya jarang pegi klinik ni, selalu pegi Klinik Ajwa. Kebiasaannya ramai orang di sana.

Poliklinik An Nisa ni best sebab tidak ramai orang dan Dr nya pun baik. Lelaki. Ini kali kedua datang sebab pertama kali datang disebabkan varicose vein semasa mengandungkan Muhammad.

Kebetulan pulak hari ni datang disebabkan masalah yang sama. Dr pun menjelaskan ini memang di antara salah satu kesan sampingan ubat Tibi.

Tiada apa yang diberikan cuma ubat otot dan MC. Dr pesan awak kena berhati- hati dan ambil supplemen untuk tingkatkan imuniti untuk jangka masa yang panjang.

Walaupun sudah menjalani rawatan ubat untuk 6 bulan, takut kalau- kalau bakteria ini tidak semuanya hilang malah berhibernasi. Ini dinamakan 'latent period'. Dan hanya menunggu masa untuk menyerang bilamasa imun sistem seseorang itu lemah.

Serangan kedua akan lebih teruk dan kita takut akan masalah kerintangan terhadap ubat sebelumnya. Dalam erti kata lain, bakteria itu ber evolusi dan menjadi kebal, tidak juga mati walau diberikan ubat sebelumnya.

Oleh itu, Dr sarankan untuk mengambil Prebiotik dan apa- apa jenis supplemen yang boleh meningkatkan imuniti badan.


Alhamdulillah. Supplemen yang dikenalpasti ialah Vitamin C, Garlic, Nutriferon, Vivix dan Carotomax. 

Mudahan istiqamah dan diberikan kesembuhan secara total.

Aamiin.

Salam sayang, ibum3m

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...