Ahad, 16 April 2017

Langkah Demi Langkah: 7 Cara Penggunaan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite

Assalamualaikum. Salam hujung minggu.

Sarapan apa pagi ni? Alhamdulillah pagi ni teringat nak masak pancake la buat famili. Pancake dengan disirami sirap mable, madu dan cairan coklat, perghh sedap bukan? Pasti boleh menggugat iman. Keh keh. Gugel resepi pankek liteww!


Rutin di pagi minggu ni semestinya hari paling tenang. Pada hari inilah, si ibu akan menyediakan segala persiapan buat hari bekerja esok. Bermula dari persiapan sarapan, mendobi, melipat kain yang berbakul- bakul, iron baju dan sebagainya. Kerja rumah memang tidak akan habis.

Apapun, masa untuk diri sendiri jangan dilupa ya. Amat penting juga kita sebagai ibu- ibu mengambil sedikit masa untuk memanjakan diri. Bolehlah minta tolong incik asben untuk tengok- tengokkan anak sementara kita berfacial sendiri di rumah menggunakan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite.

Jom baca langkah demi langkah menggunakan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite ini.

#Langkah 1: 
MEMBERSIH dengan Gentle Action Make Up Remover. 

Tujuannya untuk membersihkan segala kulit mati. Caranya ialah dengan membasahkan muka terlebih dahulu. Lepas tu, urut lah dengan lembut secara membulat pada seluruh wajah dan leher kalian.

#Langkah 2: 
MEMBERSIH dengan Gentle Deep Cleaser.

Picit kira- kira satu inci cecair ini di hujung jari, mulakan dengan gerakan membulat ke seluruh wajah. Pada leher, urutkan secara menegak menghala ke atas. Berfungsi untuk membersihkan kulit wajah, membuka liang pori supaya dapat dibersihkan sepenuhnya. Selepas ini, pasti kulit kalian akan terasa lebih lembut, tegang dan segar.


#Langkah 3: 
MEMPERBAHARUI dengan Soothing Radiance Whitening Softener.

Ini adalah toner bagi set Nutriwhite. Ambil kapas, tuangkan sedikit toner pada kapas tersebut. Lalu, tekapkan secara lembut ke seluruh bahagian muka dan leher kalian. Ini bertujuan untuk menutup liang pori dan menyegarkan wajah.


#Langkah 4: 
MENCERAHKAN dengan Daily Defence Whitening Essence

Letakkan secara minimal ke bahagian dahi, kedua belah pipi, hidung, dagu dan leher. Ratakan essence tersebut dengan cara menepuk- nepuk lembut bahagian seluruh wajah dan leher kalian. 

#Langkah 5: 
MERAWAT dengan Spot Whitening Treatment


Sapukan sedikit pada kulit yang gelap dengan lembut. Gunakan sekali atau dua kali setiap hari. Elakkan daripada terkena pada cahaya matahari selepas menggunakannya. Sebaiknya gunakan pada waktu malam.


#Langkah 6: 
MENCEGAH dengan Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15.

Untuk perlindungan pada waktu siang, ratakan secara lembut pada bahagian muka dan leher. Elakkan terkena pada bahagian mata. Bertindak melindungi kalian daripada kesan pancaran cahaya matahari.

#Langkah 7: 
MEMULIHKAN dengan Overnight Renewal Whitening Cream.

Khusus untuk malam sahaja. Sapukan dengan lembut pada seluruh muka dan leher. Berfungsi melembapkan kulit, mengurangkan tompok- tompok hitam, mengurangkan jeragat dan mengembalikan keserian wajah.

Begitulah 7 langkah mudah untuk menggunakan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite dari Shaklee ini. Mudah bukan?

Kalian akan berasa gembira dengan hasilnya nanti yang bakal membawa perubahan kepada kulit wajah kalian. Kulit akan lebih cerah berseri, membantu mengurangkan warna kulit yang tidak sekata. Dengan penggunaan yang berterusan, kulit wajah kalian akan kelihatan lebih sempurna.

Insha Allah.

Pembelian set lengkap Set Penjagaan Wajah Nutriwhite Shaklee akan memberikan kalian kelebihan sebagai KEAHLIAN PERCUMA, caj pos percuma dan BONUS cash rebate. Hanya untuk semua.

Konsultasi terbaik buat kalian. 
Wassap saja, MAS 013.634,1955
Semoga lebih gojes uolss. Ahaks!

Salam sayang,
ibum3m aka KakMas
Pengedar Shaklee Shah Alam

Tiada ulasan:

Artikel lain yang di minati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini