Jumaat, 4 Julai 2014

IMPIAN IBUM2M : PROJEK 4 ANGKA


Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah setahun lebih ibum2m hidup bersama Shaklee . Ibum2m bermula join Shaklee pada September 2012, genap usia Maisha setahun. Semuanya atas sebab Maisha. Gembira bukan kepalang kerana Shaklee benar- benar membantu ibum2m dalam menjayakan perjuangan penyusuan susu ibu sepenuhnya. Sungguhpun tidak mencapai matlamat 2 tahun penyusuan, tapi Alhamdulillah bersyukur betul sebab Maisha berjaya disusukan sepenuhnya selama SETAHUN 5 BULAN..hanya tinggal satu bulan sahaja untuk mendapat 'MASTER IN BREASTFEEDING'..
 
Perjuangan ini tetap ibum2m teruskan sehingga sekarang khas untuk anak yang kedua, Mikail. Alahmdulillah Mikail sudah berjaya mendapat penyusuan EKSKLUSIF dan sehingga sekarang, Mikail berusia 10 bulan tetap ibum2m susukan sepenuhnya hanya dengan susu ibu sahaja. Insya Allah perjuangan ini akan ibum2m teruskan sehingga 2 tahun..Aamiin
 
Bersyukur sebab bermula tujuan hanya untuk penyusuan, tetapi BONUS yang sangat banyak dan berharga yang ibum2m dapat setelah menemui Shaklee. Bonus bukan sahaja dari segi peningkatan MUTU KESIHATAN diri sendiri dan keluarga yang telah di 'Shaklee' kan malah Bonus berupa DUIT pun dapat jugak melalui bisnes Shaklee. 
 
Dengan ini, ibum2m berazam untuk istiqamah dalam menyebarkan kebaikan- kebaikan yang diperoleh dari Shaklee. Misi ibum2m untuk menjadi inspirasi buat ibu- ibu menyusu bekerjaya di luar sana bahawa KITA SEMUA MAMPU UNTUK MENYUSUKAN ANAK KITA SELAMA DUA TAHUN!
 
Penting sekali, ibum2m ingin menolong semua orang termasuk para ibu untuk memperolehi perbelanjaan sampingan yang berlipat kali ganda daripada gaji sebenar sehinggakan para ibu boleh berhenti kerja dan sekaligus hanya fokus kepada menguruskan suami dan anak- anak di rumah. Malahan si suami pun turut berhenti kerja dengan hanya menjalankan bisnes Shaklee. Impian ibum2m supaya dapat berhenti kerja sepenuhnya pada penghujung tahun ini, Disember 2014 dengan bonus 5 angka daripada Shaklee!
 
Financial Freedom Untuk Semua! Wah, terbayang akan financial freedom, tiada hutang piutang, bebas bersedekah pada bila- bila masa, tinggal di rumah sendiri yang sudah habis bayar, boleh bawak ibubapa dan family ke Umrah dan melancong ke serata dunia pada bila- bila masa..lebih manis, masa lebih banyak diluang bersama- sama KELUARGA TERCINTA.. Aamiin!


 
Mari Melakar Impian Bersama..Semoga Impian Saya, Ibum2m Menjadi Realiti!!!
 
Tulus dari hati,
Ibum2m
 
 

Tiada ulasan:

Artikel lain yang di minati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini