Sabtu, 19 Julai 2014

Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga : Pesanan Untukmu Para Isteri

Sentuhan dari Prof. Dr. Muhaya..Pesanan Untukmu Para Isteri..



1. Walau buruk macam manapun suami (dari segi fizikal dan sifat), terimalah dengan redha, jangan sesekali meminta cerai selagi dia tidak membawa kita ke jalan berpaling akidah kepada Allah. Hormati suami kerana isteri tidak akan masuk syurga jika tidak mendapat redha suaminya.
 
2. Sentiasa memberi bukan mengharapkan dapat manfaat daripada perkahwinan.
 
3. Jangan dengan sebab kita (isteri), suami menjadi anak derhaka kepada ibunya. Lebihkan kepada keluarga suami kita dalam memberi layanan, perhatian dan kebaikan. Dengan berbuat demikian, suami juga akan melayani keluarga kita seperti kita melayani keluarganya, konsep "Reset Minda' (Ada- beri- dapat) kerana tidak ada orang yang memberi yang tidak bahagia.
 
4. Suami garang dengan isterinya kerana dia ego. Untuk menurunkan keegoannya, isteri hendaklah memuji suami, memberikan penghargaan kepada suami dan mengakui keberadaan suami di samping isteri. Isteri berasa dirinya selamat dan dilindungi apabila suami bersama- sama, dan berasa dirinya bahagia kerana ada orang yang memberi perhatian kepadanya dan mengambil berat kepadanya dan menyayanginya.
 
5. Isteri mesti menjaga mata suami, dengan menjaga keterampilan diri, sentiasa berpakaian cantik di hadapan suami dan jika perlu berpakaian seksi pada waktu- waktu yang diperlukan untuk suami dengan niat untuk membahagiakan suami, laksanakanlah. Menjaga hidung suami dengan berwangi- wangian ketika di samping suami dan menjaga telinga suami dengan menjaga perkataan yang keluar dari mulut isteri, elakkan daripada berleter, merungut dan menyalahkan.
 
6. Kalau hendak marah atau bencikan suami, ingatkan kembali zaman muda  dahulu, betapa susahnya hendak mendapatkannya dan disatukan secara sah sebagai suami isteri. Kenangkan kembali zaman dan saat manis bersama- sama suami.
 
7. Bersyukurlah kerana kita bergelar isteri dan masih bergelar isteri, biarpun suami kita tidak sehebat suami orang lain. Bandingkan diri kita dengan wanita yang tidak berpeluang menjadi isteri atau sudah dibebaskan daripada menjadi isteri. Nasib kita sebenarnya masih lebih baik berbanding dengan wanita yang sedemikian kerana ladang pahala terbuka luas di hadapan kita jika kita taat dan berbuat baik kepada suami. Tetapi awaslah, jika sikap isteri terhadap suami sebaliknya, kita sebagai isteri sebenarnya sedang membuka pintu neraka untuk diri sendiri, keran isteri yang derhaka tidak mencium bau syurga.

Dipetik dari buku 'Sejernih Sinar Matamu' oleh Prof. Dr. Muhaya

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...