Ahad, 20 Julai 2014

Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga : Pesanan Buatmu Duhai Suamiku

Sentuhan dari Prof. Dr. Muhaya khas buat sang suami..


 
 
1. Sebagai suami bersyukurlah kalau kita mendapat isteri yang baik dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya. Jika isteri hendak membuat kebaikan dan mengajak kita suaminya membuat kebaikan, ikut sahaja, kerana bukan mudah sebenarnya untuk membentuk isteri menjadi baik dan mendidiknya menjadi wanita solehah, apatah lagi buat isteri yang terpelajar dan berpangkat tinggi.
 
2. Jangan bersaing dengan isteri sebaliknya berikan kerjasama. Anggaplah kejayaan isteri sebagai kejayaan suami juga, perasaan itu membolehkan suami berasa ikhlas hati untuk membantu isteri menjaga keluarga tatkala isteri berjuang mempertingkatkan diri dalam menacapi cita- citanya.
 
3. Sebagai ketua keluarga, suami perlu ada arah tuju kemana hendak dibawa atau dibentuk keluarganya. Sering bertegas dan berwawasan jauh dalam hal ini, dan suami adalah pengkritik yang paling jujur kepada isteri. Tegurlah mana kekurangan isteri dengan baik dan tunjukkan serta nasihatkan cara yang bagaimana yang seharusnya dilakukan oleh seorang isteri bagi menjamin kebahagiaan bersama.
 
4. Suami mesti menjadi pendengar yang baik, tempat isteri mengadu dan memohon jalan penyelesaian dan demikian jugalah sebaliknya, buat isteri pula.
 
5. Jaga keegoan. Suami janglah terlalu menjadi "bos" di rumah hingga mengharapkan semuanya dilaksanakan dan diatur oleh isteri yang juga turut bekerja mencari nafkah, sama dengannya. Bertolah ansurlah antara suami dengan isteri dari segi sikap dalam menangani masalah.
 
6. Semoga kita merenung diri dan merenung cara kita menjalani kehidupan hari ini. Niat untuk bertaubat jika berdosa, dan bersyukur atas keselamatan sampai ke rumah dan anak- anak sihat, rumah tangga bahagia dan badan sihat. Tidak terkira nikmat Allah, semoga niat kita akan lebih bermanfaat.
 
7. Bersangka baik dengan isteri. Jangan terlalu cemburu. Cemburu yang berlebihan akan mengekang isteri untuk membuat sesuatu yang disukainya yang akan membawa kejayaan kepada dirinya dan keluarga.
 
8. Sebagaimana isteri boleh menerima keluarga suami demikian jugalah suami mesti boleh menerima keluarga isteri. Jagalah amanah ibubapa isteri yang menyerahkan anak gadisnya kepada seorang lelaki yang dikasihi anaknya, dan bergelar suami setelah sah akad nikahnya. Jika suami hendak melakukan kezaliman terhadap isteri, bayangkan jika adik perempuan anda apabila bernikah.

Dipetik dari buku 'Sejernih Sinar Matamu' oleh Prof. Dr. Muhaya

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...