Sabtu, 5 Julai 2014

Khasiat Avokado Untuk Kesihatan

Tahukah anda kebanyakan pakar nutrisi menganggap buah avokado sebagai makanan sempurna? Ia mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan dan juga kecantikan. Walaupun kaya dengan kalori, ia adalah kalori yang padat dengan nutria. Avokado mengandungi lebih 25 nutrisi termasuk vitamin A, B, C, E & K, iron, zat besi, magnesium dan potasium yang berupaya melindungi kita daripada pelbagai penyakit.

Terdapat pelbagai cara untuk makan buah avokado antaranya adalah dengan memasukkannya dalam salad atau sebagai pengganti daging untuk sandwich.



Sebelum itu apa kata kita lihat antara kebaikan buah avokado yang baik untuk kesihatan diri.
  
Jantung kekal sihat
Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik yang membantu mengawal tahap homocysteine. Jika tahap homocysteine tinggi, anda berisiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutathione dan lemak mono tak tepu yang bantu mengekalkan jantung sihat.

Kolestrol rendah
Avokado kaya dengan bahan dipanggil beta-sitosterol yang telah menunjukkan keberkesanannya dalam merendahkan tahap kolestrol.

Mengawal tekanan darah
Kaya dengan sumber potasium, avokado juga dapat membantu mengawal tahap tekanan darah dalam badan anda.

Menangani masalah penglihatan
Avokado merupakan sumber terbaik untuk lutein karotenoid, dimana kebaikannya diketahui untuk membantu melindungi daripada masalah katarak dan degenerasi macular yang berkaitan dengan usia.

Mengawal tahap gula
Lemak monotaktepu yang terkandung dalam avokado mampu mengembalikan ketahanan insulin yang membantu mengawal kandungan gula dalam badan. Ia juga mempunyai serat terlarut yang menyimpan tahap kandungan gula stabil.

Mencegah kecacatan kelahiran
Avokado kaya dengan folat iaitu vitamin B yang dikenali sebagai asid folik. Satu cawan avokado memberi kira-kira 23% kandungan harian folat yang disyorkan. Jumlah folat yang tinggi dalam avokado adalah penting bagi mencegah kecacatan kelahiran seperti tiub neural dan spina bifida.

Mengurangkan risiko serangan jantung
Kandungan folat yang tinggi dalam avokado turut mengurangkan risiko serangan jantung. Satu kajian pernah dilakukan menunjukkan individu yang mengamalkan diet kaya dengan folat mempunyai risiko rendah daripada terkena serangan jantung.

Perlindungan kanser
Banyak kajian menunjukkan avokado boleh menghalang daripada pertumbuhan kanser prostat. Malah asid oleic yang terkandung dalam avokado turut berkesan dalam menghalang kanser payudara.

Menangani radikal bebas
Avokado mengandungi glutathione iaitu antioksidan berkesan dalam menangani radikal bebas dalam badan kita.

Menangani simptom penuaan
Kaya dengan antioksidan, avokado berupaya menangani simptom-simptom penuaan. Kandungan glutathione berupaya meningkatkan sistem imun, memperlahankan proses penuaan serta mengalakkan sistem saraf yang baik.

Penjagaan kulit
Minyak avokado sering dimasukkan dalam kosmetik kerana keupayaannya dalam menyuburkan kulit dan menjadikan kulit anda berseri-seri. Ia juga boleh merawat psoriasis iaitu penyakit kulit yang mengakibatkan kulit anda menjadi kemerahan dan gatal.

Penambahan berat badan
Ya, jika anda ingin menambah berat badan, makanlah buah avokado. Ia mengandungi 200 kalori untuk 100 gram. Namun kebiasaannya buah-buahan lain hanya mengandungi kira-kira 60 hingga 80 kalori untuk 100 gram. Oleh kerana ia tinggi kandungan kalori, avokado adalah diet terbaik untuk mereka yang ingin menambah berat badan.

Semoga bermanfaat!

Tiada ulasan:

Artikel lain yang di minati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini